Monday, July 23, 2018

sahabat

Sahabat. Bukan berapa lama korang mengenali, siapa dulu kenal atau siapa yang paling rapat. Tapi, siapa yang berkenalan dan tak pernah renggang, sentiasa ada bersama susah dan senang itu lah yang dipanggil sahabat.
Dulu, aku selalu fikir, "Eh...aku yang kenal dia dulu, kenapa kau yang lebih lebih dia protect eh? Padahal kitorang bekawan dari kecik kot. Kau baru setahun dua..."... .
Tapi lama kelamaan baru aku faham akan maksud - Time Change, People Change.
Masa tu aku perasan, kita ni berubah dari masa ke semasa. Dan dengan sekelip mata, segalanya berubah. Orang yang pertama kali mengenalimu, mungkin hanya kenal tapi tidak memahami. Akan tetapi, orang yang ada bersama saat perubahan kamu itu terjadi, yang melihat segalanya, pasti akan memahami setiap tindak tanduk kau. Setiap keputusan, setiap perucapan - Dia Akan Faham Tanpa Persoalan.
Dan masa tu jugak aku sedar, bukan tugas aku untuk menghukum. Kita cuma nampak pada luaran. Namun, dalaman...kata kata bisa mendusta, tapi mata menceritakan yang sebaliknya.
Aku kehilangan ramai sahabat. Kerana celuparnya mulut aku. Kerana lancangnya tutur kata ku. Dan kerana itu, aku berubah seiring waktu.
Tapi kenapa tiba masa aku, semua menuduh aku hipokrit belaka? Apa aku tidak layak untuk berubah? Apa aku tidak punya masa depan? Apa aku tidak punya perasaan? Bisa saja aku bantah dengan keras. Namun aku simpan kerana aku sudah cukup, kehilangan mereka yang disayang. Aku tak mahu kehilangan lagi. Walau kehilangan orang yang disayangi adalah suatu yang pasti.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bicara merana lah kita. Maafkan aku kawan kawan. Tapi buat sahabat ku, terima kasih kerana masih setia bersamaku. Masih wujud dalam menempa perjalanan yang masih bersisa. Aku syukur, kalian masih mau berada disamping ku. Ku panjatkan jutaan syukur atas nikmat sahabat yang Allah pinjamkan buat aku. Selain keluarga, sahabatlah harta aku di dunia. Saham aku di akhirat. InsyaAllah. Moga Allah setuju. Terima Kasih sebab wujud.
Kbai!