Friday, July 27, 2018

P.E.R.A.S.A.A.N

Kerana perasaan - 2 sahabat boleh bermusuh. Satu pasangan boleh berpisah. Sebuah kumpulan boleh berpecah belah. Keharmonian tiada maknanya lagi.
Sering kali berlaku tidak mengira berapa lama, berapa kerap dan berapa rapat nya sesebuah hubungan antara manusia itu. Sekali 'perasaan' muncul sebagai entiti ketiga, segalanya musnah.
Bila timbulnya perasaan kasih, sayang, cinta, rindu mahupun benci, iri serta dengki. Sekelip mata sahaja boleh hilang jika tiada pendirian dan persefahaman dalam hubungan yang telah terjalin.
Aku salah seorang mangsa perasaan, yang tiada pendirian dan yang tiada persefahaman dalam setiap hubungan aku ada.
Punya seseorang untuk berkongsi kasih dan sayang - aku lepas kerana ada yang lebih menyayangi nya dari aku. Punya sahabat yang sama membesar - aku tinggalkan kerana tiada persefahaman dan tiada usaha untuk membetulkan kesilapan.
Sekarang, aku berperang dengan perasaan sunyi dan sepi. Tapi aku tak sendiri. Aku bahagia apa ada nya aku. Kerana dulu, aku menjadi hamba perasaan. Menurut apa jua kemahuan perasaan aku. Kini, aku lebih mengerti tentang erti makna "Sayangi Diri Sendiri Sebelum Menyayangi Seseorang".
kbai!