Monday, July 23, 2018

Rezeki

Salam Jumaat yang barakah! Lets talk about 'Rezeki'.
Ever heard about - lain orang, lain rezeki?
Ada orang, baru kawen, dah dapat anak. Ada yang kawen betahun tahun blom lagi dikurniakan zuriat. Ada yang sempat preggy for few months then miscarriage. Ada jugak, yang baru bercinta, terus rezeki laki tu nak nikah terus. Ada yang bercinta puluh tahun, tapi last last kawen ngan orang lain. Ada yang masa belajar lagi dah ada orang merekruit amek kerja. Ada plak yang belajar tinggi menggunung, tapi sampai ke sudah menganggur. Ada jugak yang tak payah study, tapi result gempak namati. Ada yang study sampai tak tido, suam suam kuku je result dia. Ada plak, yang pakai seluar koyak tshirt bodoh pun still nampak hensem dan bergaya. And of course, ada jugak yang pakai pakaian berjenama, tetap nampak selekeh. And the list goes on.
See? Betapa luasnya rezeki kita manusia ni. Kita sendiri je yang suka menyempitkan rezeki sendiri. Ada jugak yang amek jalan pintas. Disebabkan nak kaya cepat, habes hak orang pun dia bolot. Acanetu?
Rezeki, jodoh, dan ajal maut - itu ketentuan Allah swt. Siapa kita untuk menidak dan menolak?
Andai kata rezeki kita di sesuatu tempat atau untuk sesuatu benda tu sampai situ je, means sampai situ je la. Lain orang, lain cara rezeki dorang. Takkan sama. And never ever say that "kita sama beb". Tak. Tak sama langsung. Mungkin ada sedikit je persamaan dia. Mungkin jalan awak untuk rezeki tu dipermudahkan dan mungkin untuk orang lain, dia terpaksa melalui onak dan duri dulu.
Tapi, apapun rezeki yang akan awak terima atau awak nak kongsi, jangan sesekali ada sifat mengungkit. Maksud, sebagai contoh, saya bagi awak satu iklan kerja kosong, then awak dapat kerja tu. Saya takleh cakap, "sebab aku kasi kau iklan tu kau dapat kerja. Kalau tak memang makan pasir la anak bini kau.". No. Never ever say that okay? Ataupun, "sebab kau lah aku kena buang kerja. Kalau aku tak cover kau, aku takkan kena buang.". Sama jugak. Jangan sesekali menyalahkannya pada orang lain. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. InsyaAllah. Rezeki Allah ni luas. Lebih luas dari lautan. Selalu bersyukur dan jangan sesekali merampas dan makan hak rezeki orang lain. Bila awak tahu itu rezeki orang lain, jangan la awak pegi musnahkan.
So, sama sama kita ikhlas dan syukur dalam setiap tindak tanduk kita. Okay?
kbai!