Monday, July 23, 2018

Bernikah dan bercerai gara gara takda sefahaman dalam hubungan.

Hmm. Rata rata kengkawan aku yang bernikah dan punya anak, bercerai gara gara takda sefahaman dalam hubungan ni. Takda sefahaman? Ke dah terlampau faham sangat eh? Sebab mostly dorang ni, yang jenis couple 3-4 tahun pastu kawen 5-6 tahun, pastu tup tup cerai. Taknak la kata yang kalau kita jumpa stranger 2-3 hari kenal terus nikah tu akan berkekalan rumahtangga, sebab bercinta selepas nikah ni lagi manis.
Jodoh dan ajal - rahsia terbesar Allah.
Kita takleh nak kata cari pasangan yang sekepala baru ngam. Itulah jodoh. Takkk. Ada dan banyak orang yang dah kawen ni, pasangan dia bertentangan dengan dia. Contoh terdekat, mak bapak kita. Yang sama perangai tu, tu yang buat gaduh gaduh manja. Tapi yang bertentangan tu, kadang kadang rasa melengkapi, kadang kadang tu, rasa nak maki (sebab itulah jugak punca pergaduhan). Kan lumrah dalam rumahtangga. Ada pasang surut nya. Kalau hari hari bahagia, lain jugak tu dik.
Tapi itulah. Kita yang belum merasa hidup berumahtangga ni, jangan nak semberono je mengata itu dan ini perihal rumahtangga orang lain. Kita tak tau apa yang dorang harungi. Cuma, mana nasihat yang boleh kita amek tu, kita amek. Yang lain tu, jadikan tauladan dan pengajaran. Memang hidup ni takda buku panduan. Tapi perkara sebegini lah yang mendewasakan kita. Yang akan mematangkan kita.
Terima kasih sahabat, yang pernah berkongsi cerita pergolakan hidup berumahtangga dorang. Buat aku lebih berwaspada dan tak terikut dengan aliran masa yang bilamana kengkawan sebaya kawen, dia pun nak ikut kawen jugak. Ahaha. Kelakar. Buat aku jadi payah nak bukak cerita soal hati dan kawen ni. Itu bukan tugas kita. So, aku nak enjoy lu!
kbai!