Monday, July 23, 2018

All Those Entries

Assalamualaikum para pembaca...

Sekiranya ada yang sudi membuka laman blog saya ni, hai! Maaf sudah lama menyepi tanpa kata. Now, baru nak start balik memblogging. Selama saya menyepi, saya banyak membebel di laman Facebook saya. Tapi entah, tak semua orang suka dengan pendapat kita. Tak semua setuju dengan andaian kita. Paling penting, ramai yang hanya membaca kerana ingin 'membawang' atau bergosip mengenai kita. Yes. Benar. Ada baik dan ada buruknya berkongsikan kisah kita dilaman media. Tapi, kenapa perlu menghukum berdasarkan apa yang anda baca atau lihat dilaman sosial? Adakah hidup anda begitu mudah untuk diperdayakan oleh kata kata pena? atau anda senang dibutakan dengan gambar?

Tak semua manusia sama. Tak semua orang berkisah benar belaka. Pasti ada dan ramai yang menambah sedikit kisah mereka supaya ianya tampak lebih meriah dan lebih menarik. Sama juga seperti saya. Adakalanya saya mereka sedikit cerita yang ingin saya masukkan sebagai entry saya. Untuk membuat para pembaca lebih berminat untuk membacanya sehingga habis. Sekiranya tidak diperlakukan begitu, apakah cerita saya akan dibaca dan difahami sehingga ke penghujung noktah?

Entry yang baharu saja saya masukkan itu, semuanya karangan saya dari laman sosial Facebook. Ada kengkawan yang meminta saya untuk terus menulis. Yes. Sekarang saya cuba untuk meneruskan minat saya dalam penulisan. Tapi maaf, sekiranya penulisan saya tidaklah seberapa. Sekadar untuk berkongsi apa yang berlaku didalam hidup saya dan apa yang saya rasakan. Namun, penulisan saya lebih kepada pendapat saya. Apa yang saya pendam selama ini didalam hati.

Sekarang saya tidak mempercayai mana mana laman media sosial saya. Terasa hidup saya diperhatikan dan dikawal. Kenapa juga saya perlu mendengar kata kata mereka? Apa yang saya kongsikan dilaman media sosial saya bukanlah sesuatu yang akan menjelekkan nama kompeni atau sesiapa. Saya hanya berkongsikan antara aktiviti saya disepanjang hari. Adakah itu satu dosa? Atau sememangnya manusia memang ada sikap iri hati yang begitu sukar untuk dibendung?

Hmmm...kalau la boleh saya membuang mereka dari senarai kawan saya. Tapi sudah terlambat untuk melakukan itu. Kerana ianya terlalu ketara untuk mereka mengetahui itu.

Hmmm...saya rasa sampai disini sahaja lah saya menulis. Bila tiba masa yang sesuai, saya akan berkongsi lagi kisah kisah yang mencuit hati, menyakitkan hati atau mungkin fantasi dunia khayalan saya.

kbai!